Jumaat, 3 Mei 2013

Tingkah Laku Kanak-kanak Gangguan Emosi



Kanak-kanak ini biasanya bertingkah laku luar biasa seperti kegundahan, kecemasan dan ketakutan.
Kegundahan pada kanak-kanak mungkin berpunca dari kehilangan kasih sayang, penceraian ibu bapa, sikap ibu bapa yang dingin dan dendaan fizikal ke atas kanak-kanak. Berikut ialah tingkah laku luar biasa yang dialami oleh kanak-kanak cacat emosi :

1.)  Tingkah laku yang agresif
  • Merupakan tingkah laku yang beoleh menyebabkan bahaya fizikal atau emosi orang lain. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini ialah ekoran dari tekanan emosi yang keterlaluan.
2.)  Tingkah laku jenayah
  • Menurut Ross 1974, tingkah laku seperti biasanya dirangsang oleh kumpulan sebaya. Contohnya  berbohong, mencuri, melarikan diri dari rumah dan sekolah serta merosakkan harta benda.
3.)  Takut dan cemas
  • Kanak-kanak ini takut pada awan, anjing, muzik, bayang-bayangnya, ular, kenderaan dan seumpamanya. Fobia ialah keadaan di mana kanak-kanak itu takut dan tidak sanggup mengawal dirinya sendiri.
 4.) Enurises
  • Keadaan dimana kanak-kanak itu kencing tanpa disedarinya sebanyak sekali atau lebih dalam sebulan selepas umur 4 tahun. Ini termasuklah kencing pada siang dan malam, tetapi  kebanyakkannya  pada malam hari.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.