John M. Curtis dalam buku beliau yang bertajuk "Autism........A family affair" menyatakan bahawa ;
"Kanak-kanak autisme tidak buta, namun mereka tidak mampu memahami apa yang mereka lihat, mereka tidak pekak tetapi tidak mengerti apa yang mereka dengari. Mereka terasing dari suasana persekitaran, kerana tidak dapat memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka".
1.) Dikenalpasti oleh Leo Kanner pada tahun 1943.
2.) Punca autisme masih tidak diketahui dan tiada cara ditemui untuk mengubatinya.
3.) Ia menyebabkan kekurangan seumur hidup.
4.) Wujud sejak lahir dan biasanya menampakkan kesannya pada masa 30 bulan
pertama.
5.) Kesan berlainan di antara tiap seseorang kanak-kanak dari masa ke semasa.
6.) Anggaran 75% mengalami kecacatan mental.
7.) Kecacatan mental menjangkau dari sederhana ke tahap yang teruk.
8.) Di peringkat awal petamda-petanda yang biasa dilihat termasuklah
- masalah peniduran.
- pemakanan
- tingkahlaku yang boleh mencederakan diri sendiri
- perilaku yang berualang-ulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.